Rahsia hilangkan Loya dan Mabuk

ditaip Zana Mn jam 1:32 PM


Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:


"Tidaklah seorang Muslim ditimpa penyakit, melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya, seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya." (Hadis riwayat al-Bukhari)


Mabuk, loya, pening waktu mengandung memang tak best. Nak harapkan pil doktorpun kadang² tak berkesan. Nak pasrah je ke? Ujian Allah ni boleh hapuskan dosa² kita. Best juga kan? Untung sebenarnya jadi perempuan ni. Dah dapat pahala, dosapun diampunkan, insya Allah. Yang penting, kena sabar dan redha. Apa pun, boleh cuba usahakan dengan cara² yang saya kongsi kat bawah ni. Mungkin ada yang sesuai dengan mommy² sekalian.

Mabuk hamil biasa berlaku pada trimester pertama. Kalau nasib baik, tamat sengsara sekitar minggu ke 16 kehamilan. Nasib baik kenapa, hah? Sebabnya, ada je mommy² yang mabuk sepanjang berbadan dua :'D


Ini rahsianya!

1. Ambil pil zat besi sebiji sehari dan vitamin C.


Take note ye, mommy² semua. Zat besi boleh hilangkan rasa loya, muntah² dan alahan. Selain tu, boleh juga mengelakkan kita terkena anemia. Anemia ni sangatlah suke serang mommy² yang sedang preggy. Kita pun dah kena :')

So, banyakkan makan makanan yang mengandungi sumber zat besi. Contohnya seperti di atas, sayur bayam. Sayur paling sedap sebab tak pahit. Hihi. Contoh lain macam kismis, kerang, telur, aprikot, jagung, kangkung, kacang, ayam dan itik. Woaa, takutnya nak makan itik :p

Vitamin C pula peranannya untuk memudahkan badan kita menyerap dengan lebih baik zat² besi dari makanan yang kita makan tadi.



2. Sesudu madu di waktu pagi


Alah, nak tambah satu sudu waktu malam pun boleh. Tak de sape nak marah. Lepas tu, kalau cepat habis stok madu tu, jangan marah² kat sini plak ;)
Cara terbaik ialah mommy² sila ambil madu semasa perut kosong ye. Lepas tu, tunggu setengah jam, baru lah suka hati nak minum air ke, makan mee goreng ke. Hehh. Madu ni bagus untuk tingkatkan hemoglobin dalam darah. Kalau hemoglobin rendah, otak kurang oksigen. Otak kurang oksigen akan menyebabkan pening/mabuk. Nampak tak permainan kat situ? Nampak tak? Nampak tak? :)



3. Minum air 100 plus.


Eh, ape ni? Mana boleh minum air gas waktu preggy? Sape cakap? Time tak preggy pun tak boleh sebenarnya. Haha. Ok, ok. Caranya, mommy² buanglah gas dia tu dulu. Caranya, goncang laju² air tu. Pastu lepaskan gas dia sikit². Pandai² lah ye. Lepas tu, buka penutup dan biarkan semalaman dalam peti sejuk. Boleh diminum begitu sahaja, atau bekukan dalam freezer (dalam ice cube tray). Sedap sangat. Kita dah cuba banyak kali tau ;)

Bila rasa nak muntah/loya, ambil seketul, hisap² ais dia. Rasa sejuk akan buat mulut/tekak rasa kebas, jadi rasa loya akan berkurang.
(Nota tambahan : Untuk yang mengalami cirit-birit pun boleh cuba minum 100 plus kalau tak sanggup minum air garam. I lah tu. Hihi. Ini, doktor kat klinik tu yang cadangkan, bukan petua pandai² ye.



4. Buah pala


Buah pala ni memanglah terkenal sebagai penawar rasa loya, pening² atau tanda² lain yang berkaitan dengan pitam. So, mommy² cubalah makan ye. Kita pernah makan versi jeruk je. Yang original punya tak tau lah rasanya macam mana. Hehee.



5. Amalkan kurma, anggaran 7 biji sehari.


Insya Allah, mabuk akan kurang. Kurma ni pun sangat bagus untuk bayi didalam kandungan.

Sabda Rasulullah SAW:

“Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya.”



6. Teh Halia


Minum air teh o panas, dengan sehiris halia. Halia diketuk, sebelum direndam dalam air teh. Emm, sedap ke tak? Itu yang kita tak tau. Bagi yang sanggup minum, mungkin ini salah satu pilihan yang patut anda cuba ;)



7. Air Panas Wangi


Hei Hei, wangi la sangat. Kalau wangikan masakan, ok la kan. Tapi ni untuk minum ye.
Caranya, ambil seinci halia, sebatang serai, 2-3 kuntum bunga cengkih, kayu manis, masukkan ke dalam segelas air mendidih, masukkan seketul gula batu, tutup. Minum waktu pagi dan malam.



8. Jus Kari


OMG!! Tak tau lah, sape yang sanggup minum ni. Ambil segenggam daun kari. Kisar menjadi jus. Campur jus tersebut dengan limau nipis dan satu teh gula. Minum setiap pagi. Insya Allah rasa loya tekak akan hilang.



9. Paling bagus diamalkan, sebelum conceive lagi, minta suami berniat seikhlas hati, jika kita mengandung, minta mabuk/loya/pening tu ditanggung juga oleh suami. So, mabuk/loya/pening akan berpindah kepada suami. Yang penting, suami kena ikhlas, kalau tak ikhlas,mungkin tak jadilah. Hihi.

Tamat.





Suka entri ni? Klik link di bawah sebagai tanda penghargaan ◕‿◕

Comments
4 Comments

4 komen:

mommyajim on 5:31 PM said...

tq 4 d info...ai pon mmg tgh2 fening nh...nk jd malu pn ade gak cz ank k2...sokmola kena perli cam kt nh peknen sulong lak ;)...yg plg best rasenye tang 100plus 2 hehe

Mommy Pinky on 11:07 PM said...

@mommyajim yup, cubalah dear..memang berkesan + sedap pulak tu :)

Mark Azizan on 7:25 PM said...

boleh share?
kalau tekak loya nak pasang
gigi palsu pertama kali. Nak buat camne yeak?

Mommy Pinky on 12:14 AM said...

kamu dah kenapa? En. Mark Azizan :n

:a :b :c :e :f :g :h :i :j :k :m :n

Post a Comment

 

Copyright © 2008-2013 Mommy Pinky. All rights reserved | Sign in - Create Post