
Klik untuk pembesaran gajah
Ouh, sibuk betul citer pasal Kawaii Gadget. Ingat nak citer pasal personal tadi? Hoho. Baik, mari kita sambung cerita kebizian yang melanda sepanjang November tadi. Seterusnya, 4th Nov. My birthday. Tak de la bizi mana pun hari tu. Tapi gedik gak la menunggu biey bagi hadiah. Kot-kot dapat lagi ke. Haha. Tapi, akhirnya sambut kecil-kecilan je kat secret recipe. Biey ambil half day keje and balik je aku dah siap-siap pakai baju cantik², make up over² maklumlah baru habis berpantang. Pastu makan kek sepotong je kat secret recipe eh dua potong kot sebab ade cuit² kek biey sikit². Ekeke.

On d way ke Secret Recipe

Ke restoran Secret Recipe
Pastu 6th & 7th Nov sambut wedding anniversary pertama..hoho. Juga secara kecil-kecilan saje. Nak kuar jalan-jalan tido kat hotel kononnya kat Bukit Tinggi, tapi bb yang masih kecik terpaksa di ambil kira. Kalau setakat pegi Jusco pun tiba-tiba dia jerit-jerit kitorang berdua dah tak tentu arah nak balik rumah, inikan pula nak pergi jauh-jauh. Tunggu je la bb besar sket, baru konfiden level tu tinggi sket, ye tak ayahnya? (-_-")

Ini kek, mau seminggu duk dalam peti ais baru abes. Giler ah!
16th to 18th Nov balik kampung.Sambut raya haji. Yang busy tu raya ke 2 sebab buat Aqiqah di rumah mertua. Tak de la busy mana pun sebab mak mertua kata tak yah masuk dapur tolong-tolong, jaga bb je. So, melepak la sampai habis majlis. Nasib baik bb tak menjerit time kena cukur. Raya ke 2 tu juga kitorang bertolak semula ke KL sebab esoknya aku ada appointment kat klinik. Bukan cek bb ye, aku yang kena cek ;(

sebelum bercukur, dapat hadiah..ekeke. Barang kemas pertama untuk BB. Next time buat nama Humaira' pulak

24th Nov pula bb kena cucuk untuk kali ke-2. Giler ramai orang hari tu. Dah ramai tu, maksudnya lama la kan proses menunggu nombor. Bekalan susu yang dah siap-siap di pam pun habis. Haisyh, terpaksa la bf (breastfeed ye bukan boyfriend ;p) BB secara direct. Walaupun ada tempat khas untuk bf, tapi malu wei. Dah la minah preggy tu duk usha2 aku. Eh, kenal ke? Hmm..Tapi, BB dah lapar layan je la. Kang kering lak anak aku.


Eh, tension tul la, berat BB naik sikit-sikit je. Nasib baik BMI dia masih ok. Tapi, panas gak la kena ceramah ngan nurse. Katanya setiap 2 jam kena bf. Boring aku, tiap kali datang kena ceramah benda sama. Mula la fikir ke sebab susu aku ni yang tak cukup. Tension² lagi tak guna, terus susu tak mo kuar. Haih. Kali ni BB kena cucuk dia nangis merengek-rengek. Tak tertido macam kena cucuk sebelum ni. Sedih betul aku tengok. Tak pe la untuk kesihatan BB juga ;((
Ok, cerita paling latest, aku, biey dan BB ke Sunway Lagoon. Haha, pergi jalan-jalan je. Tak mandi pun. Banyak cantik nak mandi manda, anak tak cukup umur lagi. Sakit hati je tengok orang lain mandi macam hape. Eh eh. Sebenarnya pergi sana sebab company biey anjurkan Family Day kat situ. Dapat la jumpa member² ofis biey yang dah bertahun tak jumpa. Ekeke. Last time jumpa sume belum kawen, sekarang sume bawa stroller dengan anak masing-masing yang cute. Geramnya tengok baby kembar tu >__< !! Kitorang pun sambar 1 stroller sebab gi Sunway Lagoon ni la. Ok, tu je nak cite. Patutnya setiap perenggan 1 entry tapi, busy punya pasal. Act, punca busy yang paling tepat sebab aku tengah study sekarang ni. Study mm...adalah, mana boleh cerita..haha.

stroller yang dibeli sebab nak pegi Sunway Lagoon. Mana larat nak dukung sepanjang masa kan..ekeke

BB dalam stroller. Muka tak puas hati sebab tak dapat dukung

Biey yang happy

BB bosan, tido je keje dia.

Baby kembar tuh >__< !!
Eh, pasal contest tu, akan ditutup lebih awal atas sebab-sebab yang tertentu. Terima kasih yang tak terhingga diatas sokongan anda kepada blogshop kami yang baru dibuka tu. Maka dengan ini, Contest akan dibuka hingga hari Jumaat ini sahaja bersamaan 3rd December 2010. Tepat pukul 11.59 p.m. penyertaan tak akan dilayan lagi. Muktamad!
Next time buat contest dah tau dah nak buat syarat cam ne ;)
















38 cupids:
kak zana,
tarikh tutup 3 disember yaa ?
@Miza Yusof
Yup, tutup 10 hari awal..huhu
esok la kan teu sis..isk2..kne cari idea cpt nie...
mase nyusukn baby jgn pk bende laen taw..
baby taw bile mama die xtumpu kn sepenuh perhatian kt dia masa susu kn die..
pastu kne yakin n sabar susu tu akan keluar..
hehe..cm ade pengalaman plak..
pdhl xde pn..
nak ttp da?hehe...naceb sis gtaw..nak join jgk:)t mlm ni kta wat
kiut !!! sama macam mama dia ^^
diawalkan ek ? ouu ...
eh , esoklah ! baru perasan . teehee ...
happy belated anniversary..hehehe
biasalah tu berat baby awal2 naik sket2, nanti bila dah 4-6 bulan akan makin chubby..hihihi..
oww..due contest 3/11 jam 11.59 malam ek..orait, akan diusahakan secepat mungkin..
@tiefazatie
iye, esok :)
@☆aDihAys☆
haha..igtkan ibu y berpengalaman tadi
@nanakimie
ok, join tau :)
@Nabilah
hoho..mcm mamanya ek? a'ah, esok tarikh tutup
@haszuraidah ishak
betul ker?!!!
harap mcm tu lah, risau tau, nurse plak asik bebel je. tension2~
comey your baby boo.. huhu. tak kesah tutup awal.. dpt thau result awal sebab dah join.. hehe
@amira
hoho, tak sabar tggu result ek
whoa baby akak! comeynye.. nak cubit pip dia boleh?hihi.. :D
@AiDa AzRyN
cubit ker? kak zana ske gigit :D
moga sehat2 selalu, insya Allah.. :)
huyoooo!! irdina! comel!
Sempat ker masuk jadi peserta ni..... layak ker.. takut nyer..
@waRDah @ QiQi
insya Allah :)
@liyanaziz
comel ek :)
@Mah@mahu
sempatnya,malam esok tutup..takut pe plak..hoho
me dh join lama dh..moga2 ada rezeki :)
hai kak, :P
Terkini : Panas!!!
cmel2...suke sgt msuk blog ni..sbb wane pink sume...hehe..
da join cntest da pun..heart attack gk la tutup awl,,hehe..nseb terperasan..
@Mama Zharfan
Tunggu keputusannya ;)
@suffer8zine
Hai hai :p
@ZiErWa zAiNaL
ekeke..heart attack ek..kitorang pun heart attack gak sbb ramai peserta..huhuh
happy belated aniversary ya...
me...coming soon..hehhee..da plan untuk berjalan2 bersama darlink,anak2 dan adik-beradik lain...(suka beramai2...)
kak zana..happy annversry heee
comy daj kecik tu hehe
dah pandai isp jari hehe..
comy sgt
geram nihhh :D
kak zana awrd nih hehe
http://atinanani.blogspot.com/2010/12/beautiful-blog-wah-teruja-haha.html
Happy belated Anniversary..
moga bahagia selalu ye :)
Comelnye Irdina. Bila la org nk dpt bb gak ni.. Huk2.
stroller irdina mahal tuee..hehehe..bestnye dapat kete irdina..
@maisyah
:) happy annivsry jg la gtu..hihi
@fatin hanani
isap tgn bukan isap jari..kdg2 dua tgn dia masuk mulut..ekeke
@NurSolehah
tQ Solehah ;)
@Mawar Merah
Sbr ye Ramlah, InsyaAllah dpt nnt.. Org slalu doakan Ramlah :)
@lalink7
isyh2..tak mahal pun, standard price..ekeke
Note: Only a member of this blog may post a comment.